Nama Hafiz Mahamad sangat sinonim dengan gelaran jejaka romantis apabila setiap kali hari kelahiran kekasih hati yang kini sudah bergelar isterinya, pasti akan tular berita tentang pengorbananya bagi membahagiakan orang tersayang.
Pada masa yang sama, ada juga yang mengenali Hafiz ini sebagai seorang usahawan muda bersama isterinya, Syafiqah Aina.

Kali ini apa yang Hafiz buat bukanlah untuk Aina, tetapi demi sahabat baiknya yang sedang terlantar sakit di kampung.
Dimaklumkan menerusi posting Hafiz di akaun Instagram miliknya pada 1 Oktober lalu, ada memberitahu bahawa dia terpaksa membatalkan semua mesyuaratnya di Kuala Lumpur demi menziarah sahabat baiknya yang sedang mengalami penyakit strok di Kelantan.
https://www.instagram.com/p/CFwNsuHnULx/
Hafiz berkongsi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kawasan rumah sahabatnya dekat Kelantan dan mengambil keputusan untuk terus menghantar rakannya yang dikenali sebagai Loh ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Dia stroke sebab kerja kuat, 10 tahun kerja tempat tu. Dia kata dia demam dan sakit kaki. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je. Semalam saya call dia lagi, dia kata dah tak tahan. Saya terus fly ke Kelantan pagi ni.
Persahabatan yang sudah terjalin daripada kecil itu membuatkan Hafiz tidak sanggup untuk melihat rakan baiknya terlantar begitu, sehingga membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk menanggung kos rawatan Loh di hospital swasta.
Posting Hafiz itu turut mendapat perhatian netizen apabila ramai yang berasa terharu dengan pengorbanan Hafiz untuk sahabatnya itu.



Rata-rata memuji sikap baik Hafiz dan ada juga yang menitiskan air mata melihat pengorbanan seorang sahabat.
Bagai jatuh ditimpa tangga, Hafiz juga dikhabarkan baru sahaja kehilangan cahaya mata keduanya yang tidak dapat diselamatkan selepas isterinya, Syafiqah Aina disahkan keguguran.
Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bg lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.

Berita itu turut dikongsikan oleh Hafiz di Instagram miliknya dan ramai netizen mendoakan agar pasangan suami isteri itu dapat terus bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapinya.
Post comments (0)