Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Akui Sudah Trademark Brand ‘Daging Harimau Menangis’, Ibu Neelofa Dikatakan Tutup Periuk Nasi Peniaga Kecil?

today13 January 2021

Background

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai makanan yang diberi nama “Daging Harimau Menangis” sudah di trademark atau di pattern kan kepada hak milik Noor Kartini Noor Mohammed atau lebih dikenali sebagai Datin Noor Kartini yang juga ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.

Di Sebalik Sepasang Mata Cantik Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Kongsi Rutin Sihat Pada Usia Setengah Abad - Media Hiburan

Perkara itu didedahkan oleh Datin Noor Kartini ketika beliau sedang memasak menu berkenaan sambil membuat Instagram Live (IG LIVE).

Namun lain pula yang jadi apabila kebanyakan warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka di internet, mengatakan bahawa makanan berkenaan tidak sepatutnya dituntut atau di trademark kan oleh Datin kerana makanan itu telah wujud sudah berzaman lamanya.

Meninjau di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan usahawan tersebut kerana tidak memikirkan peniaga-peniaga lain yang sudah lama menggunakan branding “Daging Harimau Menangis” tersebut.

Malah, laman Instagram Datin juga turut dibanjiri dengan kritikan dan komen-komen mengenai isu tersebut.

Sehingga kini, Datin masih belum memberi apa-apa kenyataan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Mungkin Datin ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan sedemikian.

Apa-pun jangan buruk sangka, sama-sama kita nantikan kenyataan dari Datin ya.

 

Sumber : Twitter

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Muat Turun ‘Borang Permit Pergerakan’ Untuk Anda Rentas Negeri Dari PDRM Di Sini

Oleh itu, bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *