Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Asyik Nak Buat Prank, Kaki Gadis Ini Sangkut Dalam Dryer

today5 October 2020

Background

Manusia sekarang ni kadang-kadang nak bersuka ria sampai tak fikir akibat yang akan berlaku selepas itu.

Sama la seperti yang terjadi di luar negara ini apabila kaki seorang pelajar ini tersangkut di dalam mesin dryer.

Semuanya berlaku apabila dia melakukan prank selepas dicabar oleh rakannya sendiri.

Menurut sebuah portal hiburan luar negara, difahamkan kejadian itu dimaklumkan telah berlaku di Hull University, England pada 4 Oktober lalu.

Apa yang berlaku ialah pelajar tersebut telah masuk ke dalam mesin dryer tersebut dan apabila dia mahu keluar daripada situ, cubaan dia gagal sehingga terpaksa memanggil pihak bomba untuk membantu.

Pada mulanya mereka semua tidak sangka bahawa gadis bernama Rosie itu akan muat di dalam dryer tersebut dan keadaan mula menjadi kelam kabut apabila dia tersangkut dan tidak dapat keluar.

“Saya takkan buat macam ni lagi!”

Memang la takkan buat dah, sebab dah tahu padahnya…

Harapnya jangan la rakyat Malaysia ada niat nak masuk dalam dryer pula ya lepas ni.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Malaysia Catat Lagi Rekod Tertinggi Dengan 432 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.Menurut laporan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes... Klik sini untuk baca artikel […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *