Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T dan kita sebagai manusia hanya mampu mengikut segala aturan yang telah dirancang oleh-Nya.
Semuanya sudah tertulis apabila cinta pasangan suami isteri ini dibawa hingga ke akhir hayat apabila mereka berdua ditakdirkan untuk lahir pada tarikh yang sama dan pergi meninggalkan dunia juga pada tarikh yang sama.

Kisah suami isteri yang dikenali sebagai Wan Yahya Wan Hussein, 86 dan isterinya, Wan Zainoon Wan Chik, 83 ini diketahui umum selepas perkongsian daripada cucu mereka iaitu Nurul Fatin Syuhada mendapat perhatian ramai warganet di Twitter.
Nenek sangat kuat, tak pernah mengeluh untuk jaga Atuk yg terlantar kat katil.. Siang malam tak kenal erti lelah.
Difahamkan kesihatan mereka sudah mula merosot sejak sebulan yang lalu dan tanpa disedari rupa-rupanya Wan Zainoon menghidapi kanser usus dan perlu ditahan di hospital manakala keesokan harinya, giliran Wan Yahya pula yang dimasukkan ke hospital kerana demam panas.
Menurut akhbar Kosmo ketika menemui anak sulung mereka iaitu Wan Rahimah, dia memberitahu bahawa bapanya sudah mengalami masalah paru-paru sejak 15 Oktober yang lalu.
Ayah amat sugul dan bagaikan hilang separuh nyawa selepas emak dimasukkan ke hospital. Hubungan mereka memang sangat rapat seperti belangkas.
Ketika upacara pengebumian dilakukan, Wan Yahya masih menggagahkan diri untuk turut berada di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang bagi menghantar jenazah isterinya.
Namun siapa sangka tidak lama selepas itu dia pula menghembuskan nafas terakhir dan jenazahnya turut ditanam bersebelahan dengan kubur isterinya.
Rata-rata warganet turut merasai kesedihan yang dialami oleh keluarga ini apabila melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.

Semoga roh Wan Yahya dan Wan Zainoon ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh…


Post comments (0)