Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Baru Habis Sunat Ke?” Gara-Gara Berkain Pelikat Di Hospital, Zynakal Disangka Baru Lepas Sunat

today5 December 2020

Background

Susulan penyanyi dan pengacara Alif Satar disahkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 lalu, ramai rakan artis yang terlibat dengan program Semi Final Muzik Muzik ke-35 juga turut diarahkan untuk membuat swab test dan menjalani kuarantin diri selama 14 hari.

Kini selesai sudah kuarantin diri dan kebanyakan daripada mereka disahkan bebas dari virus COVID-19, mereka kini sudah boleh pergi ke hospital untuk memotong gelang merah jambu.

Salah seorangnya adalah penyanyi, rapper dan penerbit rakaman iaitu Zynakal yang memuat naik gambar memotong gelang tersebut di IG story miliknya.

Dalam pada itu, timbul pula satu kejadian di luar jangkaan di mana Zynakal pergi ke sebuah hospital untuk memotong gelang berkenaan, akan tetapi tidak dibenarkan masuk kerana dirinya memakai seluar pendek.

Apa yang melucukan adalah dia terpaksa memakai kain pelikat dan ramai yang menyangka dirinya baru habis sunat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Momen melucukan itu dikongsikan di Instagram miliknya dengan kapsyen,

“Alhamdulillah kami selamat❤️ terima kasih yang mendoakan?”

“p/s : lain kali jangan pakai seluar pendek?”

Aduhaiiii tak pasal-pasal kena tuduh baru habis sunat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur, malah Ismail Izzani dan Naim Daniel sempat mengusik Zynakal eh.

So guys and girls take note, kalau nak pergi mana mana premis kerajaan pastikan korang semua memakai pakaian mengikut etika okay, tak pasal jadi macam Zynakal pulak nanti.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage (52)

Sosial

Didakwa Manipulasi Dan Tipu Wani Chomel, Ini Penjelasan Aliff Syukri

“[…] Awak nak saman saya? Kerja lah adik Wanie sayang oi. “Dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?” Itu antara respon yang diberikan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman selepas seorang gadis tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadapnya pada semalam. Aliff bersama Wanie (tengah). Foto: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI Terdahulu, gadis... Klik sini untuk baca […]

today5 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *