Rakyat Malaysia dan makanan berpisah tiada. Setiap bulan pasti ada sahaja makanan yang tular dan membuatkan kita teringin untuk mencuba!
Meh sini min nak share antara yang tengah viral sekarang ni, so korang boleh lah cuba!
1. Baskin Robbin
Sebuah rantaian kedai ais krim global iaitu Baskin Robbin kali ini memperkenalkan ais krim baharu mereka bertemakan kartun kegemaran ramai iaitu Spongebob Squarepants!

Kolaborasi terbaharu itu memperkenalkan perisa Lemon Lime diikuti dengan topping Sour Berry dan Pineapple.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet tak sabar nak mencuba dan tertarik dengan kolaborasi jenama berkenaan bersama kartun itu.
Harga :
Single Regular – RM12.50
Double Junior – RM16
Wahhh agak-agaknya macam mana lah rasanya eh?

2. Tealive
Tealive yang juga merupakan jenama rantaian kedai kafe minuman teh juga tidak ketinggalan mengeluarkan minuman berperisa baharu iaitu BiskuTea Caramel dan Biskut Tea Oreo.

Kali ini mereka mengeluarkan perisa baharu iaitu Superior White Choco Smoothie with Caramel Biscuits dan Berry White Choco Smoothie with Oreo Crumbs.
Fuh dengar nama pun dah terliur, lagi-lagi musim panas terik ni.
Rata-rata warganet yang sudah mencuba juga turut memuji kesedapan minuman tersebut.
Harga :
RM10.90
Sumber gambar dari : @Ashril_92
Boleh la korang cuba lepas ni!
Post comments (0)