Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Bawak Molek Heli Tu”- Pesanan Terakhir Bapa Mangsa, Ini Kronologi Nahas Helikopter di Taman Melawati

today9 November 2020

Background

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kemalangan dua buah helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) yang berlaku di sekitar Taman Melawati sehingga mengakibatkan kematian dua mangsa iaitu jurulatih penerbangan, Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56 tahun dan pelatih penerbangan, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41 tahun.

Menurut saksi, kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sehingga salah satu daripada kenderaan berkenaan patah sayap belakang lalu hilang kawalan dan terhempas.

Image

Difahamkan kedua-dua helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, Subang menghala ke Genting Sempah sebelum terhempas dan  kedua-dua helikopter jenis pesawat ringan itu tidak mempunyai kotak hitam.

HELIKOPTER yang terhempas di kawasan Taman Melawati, Ampang. FOTO Fathil Asri

Bagaimanapun, sebuah lagi helikopter dikendalikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya bersama rakannya, Tan Chai Eian berjaya membuat pendaratan cemas di sebuah padang sekolah berhampiran dan mereka juga terselamat.

Dalam pada itu, bedah siasat terhadap dua jenazah mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas akan dijalankan pada 9 November 2020 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM).

Kedua-dua mangsa yang terselamat akan dipanggil bagi membantu siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan. 

MOHD Izani (kiri) bersama adik-beradik lain ketika menanti jenazah adiknya, Mohd Irfan di Hospital Kuala Lumpur. FOTO Aswadi Alias

Kami di Hot FM mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa. 

 

Sumber dari Berita Harian & Harian Metro.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage – 2020-11-09T124605.639

Sosial

‘Baru Nak Bina Kehidupan Tetapi Ombak Melanda’- Pekerja Lapangan Terbang Kongsi Kesulitan Akibat Pandemik

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berlangsung awal tahun ini, sebahagian besar syarikat di negara kita telah terjejas sekaligus menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan mengalami kesukaran hidup. Ramai dalam kalangan mereka ini yang kemudiannya terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka sebelum COVID-19 dan beralih untuk melakukan kerja-kerja sambilan agar dapat meneruskan kehidupan masing-masing. Seperti kisah wanita ini yang tular di... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *