Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Bercinta Dengan Monyet Lebih Indah,” Aksi Pakcik Bawa Haiwan Ronda Curi Perhatian

today30 November 2020

Background

Rakyat Malaysia rata-rata gemar merakam sesuatu yang lucu, sedih atau aneh dan kemudian dimuat naik di laman sosial untuk dipertontonkan kepada orang ramai bertujuan sekadar hiburan atau perkongsian umum.

Terbaharu, aksi lucu seorang pemuda membawa haiwan peliharaannya iaitu seekor monyet telah mendapat perhatian ramai.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter dengan kapsyen, “bercinta dengan monyet lebih indah daripada manusia,”

https://twitter.com/nrlhdrzk/status/1332550662916251650

Perkongsian tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 200,000 tontonan selain mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Menerusi ruangan komen, terdapat individu yang berkongsi tentang pemuda berkenaan yang gemar membela monyet selain mempunyai saluran YouTube tersendiri.

Selain itu, terdapat juga individu yang berkongsi video secara spontan yang menunjukkan aksi sama sejurus terserempak dengan pemuda terbabit di lebuhraya.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *