Semenjak 25 Disember lepas, Adun Muar iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq mengambil keputusan untuk melaksanakan kutipan dana sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari bagi program 1 Keluarga 1 Laptop.
Dalam masa yang sama, Syed Saddiq juga turut melaksanakan #BotakChallenge sekiranya jumlah kutipan mencapai RM200,000.
Saya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 dlm 5 hari utk program 1 Keluarga 1 Laptop.
Untuk itu, saya akan melaksanakan #BotakChallenge 👨🏼🦲 pic.twitter.com/W299GIMjQG
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 26, 2020
Kini, beliau telah bertekad untuk melaksanakan nazar tersebut bagi membantu rakyat Muar yang tidak bernasib baik.
Dalam tempoh 24jam, beliau berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM61,400.
Tanpa disangka, Saddiq kini sudah tampil dengan imej botak!

Walaupun sudah tampil dengan imej baharu, beliau tetap akan meneruskan jumlah kutipan sehingga mencapai sasaran yang sepatutnya.
Rata-rata netizen berasa terkejut dan tidak sangka bahawa beliau sanggup membotakkan rambutnya demi rakyat Muar.

Tindakan beliau mendapat pujian ramai orang dan diharapkan akan menjadi contoh kepada yang lain.
Tahniah YB!
Sumber foto: Instagram Syed Saddiq
Post comments (0)