Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Buat Keputusan Untuk Berehat Daripada Muat Naik Video Masakan, Ramai Beri Semangat Kepada Khairul Aming

today23 April 2021

Background

Siapa tak kenal dengan Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, seorang selebriti masakan yang popular dengan pelbagai video masakan.

Selain tidak lokek berkongsi ilmu, cara masakan yang mudah membuatkan pengikut mencuba setiap resepi yang dikongsikan.

Bagaimanapun, baru-baru ini beliau telah membuat keputusan untuk berehat sementara daripada memuat naik sebarang video.

Keputusan berkenaan dikongsi menerusi laman sosial Twitter miliknya pada 23 April 2021.

Sebelum memuat naik ciapan berkenaan, beliau sempat menulis sedikit luahan hatinya mengenai privasi.

Sebelum ini, tular satu ciapan dimuat naik oleh seorang individu yang mendakwa chef selebriti itu mengabaikan ibadah pada bulan Ramadan hanya kerana mahu melengkapkan harinya dengan video-video masakan.

Baca artikel berkaitan: β€œDepression Dia Ni” Dituduh Abaikan Ibadah Waktu Bulan Puasa, Ada Yang Bitter Dengan Video Khairul Aming

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata meninggalkan kata-kata semangat buat Khairul Aming yang baru-baru ini telah berjaya mencapai lebih RM1 juta hasil daripada jualan sambal yang diusahakan.

Sumber foto: Twitter Khairul Aming

Written by: Azra Azuar


Previous post