Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Buat Kerja Ala Kadar, Now Nak Play Victim?”- Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

today6 November 2020

Background

Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan hasil kerja sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman rumah yang dikatakan membuat kerja ‘tangkap muat’ di rumahnya.

Menurut pengacara terkenal itu, Awal memaklumkan sudah membayar sejumlah wang kepada syarikat berkenaan namun mereka tidak melaksanakan kerja seperti yang dijanjikan dan tidak mahu memberi kerjasama.

Tampil menjawab desas-desus, syarikat berkenaan tampil mempertahankan hak mereka dengan melantik firma pengurusan krisis terkemuka kerana mendakwa Awal memfitnah syarikat mereka sehingga menerima publisiti negatif.

Syarikat berkenaan juga mengatakan bahawa kenyataan Awal adalah ancaman perniagaan yang serius kerana berpotensi merosakkan reputasi secara kekal dan boleh mempengaruhi nilai perniagaan dan pasaran syarikat mereka.

Malah mereka juga mengatakan Awal berpotensi besar berhadapan ganti rugi yang tinggi sekiranya barisan peguam syarikat berkenaan dapat membuktikan bahawa catatan dan posting pengacara tersebut disiarkan dengan berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi mereka.

Tidak berdiam diri, Awal tampil memberi kenyataan di laman sosial Instagramnya mempertahankan diri dan kenyataan beliau.

“Alih-alih today I pulak yang fitnah company dia? Come on lah”

“I’ve got all of your quotation, payment details, emails, whatsapp conversation and I also have all the evidence yang korang buat kerja tangkap muat”

“You took my money, buat kerja ala kadar and now konon-konon nak play victim? Silap orang la bro”

Demikian kata-kata Awal yang kesal dengan tindakan syarikat hiasan dalaman berkenaan.

Kami harap Awal dan syarikat berkenaan dapat selesaikan dengan cara baik.

Bak kata pepatah orang putih, “there are always two side of every story” .

Sebaiknya kita jangan menuding jari, biarkan mereka selesaikan kemelut yang berlaku antara mereka dan jangan keruhkan lagi keadaan.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

india-covid_reuters_0

Sosial

Saintis Dakwa Cara Hidup Yang Kotor Buat Rakyat India Kebal Dari COVID-19

Saintis dari Pusat Penyelidikan Ilmiah dan Industri India (CSIR) baru-baru ini menerbitkan satu kajian yang menjelaskan bagaimana rakyat di negara India selamat dari wabak COVID-19. Para saintis menjelaskan bahawa kehidupan rakyat India yang sudah terbiasa hidup dengan tidak menjaga kebersihan adalah antara sebab mengapa kadar kematian COVID-19 di sana antara yang terendah di dunia. Seperti yang kita tahu, negara ini sangat kotor dan kekurangan air... Klik sini untuk baca artikel […]

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *