Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Buat Voice Over Ke Ni?” Netizen Kagum Cara Penyampai Berita Ini Baca Lafaz Izin Nikah

today19 October 2020

Background

Sesebuah majlis pernikahan itu tidak akan lengkap tanpa lafaz beri izin atau restu daripada anak bagi seseorang bapa untuk menikahkannya.

Terbaharu, tular satu video ketika seorang wanita membaca lafaz berkenaan susulan intonasinya seperti sedang menyampaikan berita.

Menurut sumber, wanita berkenaan telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada Februari 2019.

Beliau yang bernama Hanis Razak ketika ini masih lagi bertugas sebagai penyampai berita di sebuah syarikat media tempatan.

Namun, perkara tersebut kembali meraih perhatian umum selepas rakannya bertindak untuk memuat naik video tersebut di laman Twitter:-

Rata-rata terhibur melihat video tersebut selain ada yang bertanya adakah wanita tersebut sedang merakam voice over.

Ada juga yang bertanya:-

Sementara itu, personaliti televisyen terkenal Fedtri Yahya turut memberikan pandangannya tentang hal tersebut:-

Video yang di muat naik itu sehingga kini telah meraih lebih 96,000 tontonan.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *