Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cuak Punya Pasal, Sampai 3 Kali Nurse Tenangkan Ustaz Don Ketika Buat Swab Test!

today28 January 2021

Background

Baru-baru ini, gelagat lucu seorang penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah terkenal, ketika membuat swab test iaitu Ustaz Don mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di laman Instagram milik beliau.

Mana tidaknya, wajah beliau yang kelihatan tough dan berani itu sebenarnya tidak lah seperti yang disangka!

Lihat video di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)

Turut menulis di kapsyen beliau :

“Ya Allah, rasa SYUKUR yamat (asai perkataan ‘yang amat’ tapi di ringkas ikut percakapan)… Leeeegaaa rasa lepaih buat swab test semalam.
Iya laaaa~, mana la kita nak tau kita ada Covid ka dak kan… Jenuh laa dok tagak tagak…
Haaaa… lepaih buat tu… naaaahhhh… leggggaaAAA la rasa. Puaih.
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين
Berkat doa semua. Keputusan dia negative.

Cerita dia lagu ni, siapa nak pi buat swab test, dia ada beberapa cara. Hat saya nak share ni, hat yang saya tau na.
Mai nak share…

1) Kalau yang drive tru.
Saya buat kat @kumpulan_megaklinik_zahran jadi, sapa nak p, p masa lunch. X ramai sangat. Masa saya p tu, ada la dalam 6 biji keta ja beratuq. Sat saja.

Masa kita dok beratuq tu nnt petugas kesihatan akan mai. Depa akan mintak IC pastu depa akan tanya. Nak buat jolok hiduq saja ka, atau buat jolok hidung n tekak sekali. Kita habaq la nak yang mana. Lepaih tu depa minta la bayaq untuk perkhidmatan itu. Ada la dalam RM150. Selesai.

Lepaih tu, kira tunggu giliran keta kita berenti depan booth tu, pastu depa swab la (video 1) lagu hat hangpa tgk ni.

Lepaih tu result akan dapat dalam 3jam. Xpa xpayah kalut. Balik rumah dulu. Sbb depa nnt Wassup atau emel kita result.

2) walk in. Hat ni saya tak berapa tau. Tapi kalau pi time lunch, xdak orang jugak. Perasan sebab orang semua nak p makan kan. Tu pasai xdak orang sangat..

Ok. Terima kasih semua na hat #doa kat saya, hat #tolong bantu dalam urusan dan juga hat #bagipeluang untuk kita sama2 dapat melalui hidup yg penuh bermakna ni.

وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب

Semoga Allah membalas setiap perbuatan kita dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين “

Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih mesra dipanggil Ustaz Don meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana keputusan yang diperolehi adalah negatif.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Ustaz berkenaan turut sama ketawa melihat gelagat Ustaz yang takut mahu buat swab test itu!

Alahai comey lah Ustaz ni.

Sebenarnya tak sakit pun buat swab test, perasaan takut tu je yang membuatkan kita sedikit ‘cuak’.

Bak kata omputeh, don’t overthink and just let it flow. OK!

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari virus Covid-19. Amin.

Sumber : Instagram Ustaz Don

Written by: Fieyna Azman


Previous post

‘Bukan Niat Nak Salahkan Cikgu’ – Sweet Qismina Respon Isu Hantar Buku Teks

Sosial

‘Bukan Niat Nak Salahkan Cikgu’ – Sweet Qismina Respon Isu Hantar Buku Teks

Isu & Kontroversi Pelakon, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi meluahkan rasa kesal terhadap sistem pengambilan dan pemulangan buku teks oleh pihak sekolah adiknya. Menerusi Twitter Sweet, hanya ibu bapa dan penjaga sahaja yang didakwa boleh hadir untuk mengambil dan memulangkan buku teks. Parents or guardian tak semua umur muda ye yang larat nak gerak dengan panas terik 11 pagi hingga 1 tengah hari berjalan kehulur kehilir nak […]

today28 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *