Hangat diperkatakan baru-baru ini mengenai pengacara sensasi iaitu Nabil Ahmad yang sebelum ini didakwa memerli Azwan Ali yang kini mengacarakan sebuah rancangan realiti, Lagu Cinta Kita di TV3.
Rata-rata warganet kesal dengan tindakan Nabil yang dianggap tidak professional memerli pengacara yang dikenali sebagai Diva AA itu.
Tampil menyuarakan pendapatnya menerusi entri di Instagram, Nabil memuat naik komen netizen mengatakan jika dia tidak membuat kerja pasti dia tidak mengacarakan program realiti itu sehingga musim ke 7.
View this post on Instagram
Menurut kapsyen pengacara sensasi itu, beliau juga akan memanggil Diva AA untuk tampil sebagai tetamu di dalam sebuah rancangan popular yang dikendalikan dirinya.
Melihat di ruangan komen hantaran itu, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan pengacara sensasi itu sebelum ini.

Setiap yang pahit, pasti terselit sedikit manis, di mana tidak semua netizen mengecam, ada juga yang memuji cara Nabil mengacara.

Biasalah hidup ni pasti ada turun dan naik. Semoga Nabil mengambil iktbar dari apa yang berlaku.
Post comments (0)