Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Dah Tahu Ada Anak Bini Lagi Nak Test Janda”- Tak Sedar Diri, Wanita Ini ‘Sekolahkan’ Lelaki Miang

today27 October 2020

Background

Hati mana yang tidak remuk apabila mengetahui pasangan yang dipercayai selama ini sudah mula menunjukkan belang.

Baru-baru ini tular di laman sosial seorang wanita di Facebook yang membongkar tindakan seorang kenalannya dengan memuat naik perbualan mereka di Whatsapp, di mana lelaki itu meminta untuk berkenalan dengan rakan-rakannya yang berstatus ‘janda’ walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Perkara itu mencetuskan kemarahan wanita itu kerana kenalannya sudah mempunyai isteri, anak dan menganggap mereka tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu.

“Sebab LAKI macam ko la semua janda orang panggil ****”

“Yang sebetul nya jantan mcm ni yang layak dipanggil ****

“Dah tau ada anak bini lagi nak test janda .. Ku x peduli la ko kawan ak ke apa ..Salah tetap salah beb .. Klu ko tak salah apehal ko BLOCK ak !!!!!”

Ini antara perbualan yang sempat di tangkap layar oleh wanita tersebut sebelum kenalannya itu ‘block’ dirinya di aplikasi Whatsapp.

Melihat kepada perbualan mereka, selain alasan mahu berkenalan, lelaki itu juga mengatakan bahawa berkawan dengan janda disifatkan sebagai ‘sporting’ dan mereka juga berpengalaman. Hmm agaknya sporting dari segi apa tu ek?

“Janda ni senang ada pengalaman”

“Lagi pun kawan dengan janda dorg sporting”

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga mengatakan dia mahu ‘tukar angin’ kerana sudah bosan dengan isterinya.

“Asyik keluar dengan bini je boring gak kadang2”

“Sekali sekala nak tukar angin”

Meninjau di ruangan komen posting berkenaan, rata-rata warganet berang dengan tindakan lelaki itu yang tidak menghargai isterinya.

Sedikit nasihat buat para wanita dan lelaki di luar sana, hargai lah pasangan anda sebelum terlambat.

Hidup ini memang ada pasang surutnya. Tidak semua perkara indah dan boleh diselesaikan dengan mudah, terutamanya perkara yang melibatkan kepercayaan.

Mula merasa bosan dengan pasangan? Komunikasi adalah jalan penyelesaian.

Hargai pasangan anda sebelum terlambat.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Digelar Captain Ri Malaysia, Netizen Samakan Rupa Kadet Tentera Udara Ini Dengan Hero CLOY

Remaja lelaki yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Fahmi Mohd Yunus berusia 21 tahun, dia menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia ketika ini.Muhammad Fahmi merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik dan merupakan kadet pertama Malaysia yang menjalani latihan di kolej ketenteraan di Kanada tersebut sejak 2018.Menurut sumber, tidak mudah untuk Muhammad Fahmi bersaing dengan keupayaan tentera Kanada yang jauh lebih kuat kerana saiz fizikal mereka lebih besar."Tambahan pula,... Klik sini untuk baca […]

today27 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *