Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Demi Allah Datang Jumpa Customer” Hafiz Mahamad Akui Terkejut, Janji Untuk Bantu Kos Rawatan Hospital

today4 March 2021

Background

Nama Hafiz Mahamad mungkin tidak asing lagi di telinga ramai orang selepas usahawan muda itu telah berjaya membantu banyak keluarga untuk keluar dari kesusahan hidup.

‘Tugasnya’ sama sahaja seperti Ustaz Ebit Lew iaitu bertindak pantas jika ada mana-mana individu atau keluarga yang memerlukan bantuan daripada segi kewangan.

Pada mulanya niat mereka untuk berkunjung ke Muar, Johor ialah bertujuan untuk melawat salah seorang pengguna produk kecantikannya, tetapi sesampai sahaja di kediaman tersebut Hafiz berasa terkejut dengan apa yang dilihat olehnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bapa kepada gadis tersebut mengalami kesukaran untuk bekerja selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 2020 dan kini beliau tidak mampu untuk bergerak pantas seperti dahulu disebabkan tulang punggungnya retak dan tangannya juga patah.

“Saya bangga ni, selalu tengok dalam YouTube. Tengok awak dengan Ustaz Ebit, mintak sangat dapat jumpa itu pun dah cukup”

Tanpa membuang masa, Hafiz terus bersetuju untuk membantu kos rawatan tersebut dan berjanji untuk usahakan semuanya dengan secepat mungkin.

Tindakan baik Hafiz itu turut dipuji dan ramai turut mendoakan supaya Hafiz dan keluarga dilimpahkan rezeki yang berganda.

Betul la kata orang, kita baik Allah memang akan sayang.

Sumber foto dan video: Instagram Hafiz Mahamad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post