Pelakon, pengacara dan penerbit terkenal di Malaysia iaitu Sheila Rusly baru-baru ini memuat naik satu foto tersenyum menampakkan giginya yang baharu sahaja menampal venir.
Untuk yang tidak mengetahui apa itu venir gigi, ia merupakan kerangka tampalan yang sangat tipis, dibuat secara khusus untuk seseorang pesakit bagi menutupi permukaan gigi tertentu dengan tujuan memperbaiki dan mencantikkan penampilan atau bentuk gigi.

Rawatan venir ini akan dilekatkan pada bahagian hadapan gigi dan dapat bertahan hingga bertahun-tahun sebelum akhirnya rosak dan perlu diganti.
Namun lain pula yang menjadi perhatian warganet apabila penerbit itu didakwa memakai ‘fake veneer’ atau pun venir palsu pada giginya dan juga menggunakan khidmat doktor gigi yang tidak berdaftar.

Melihat di foto berkenaan, Sheila di kapsyen hanya menulis ringkas :
“Sis tetap senyum wpun akan terkurung 2 minggu. Adakah ni dugaan atau kepentingan??
@khuaisybeautecentre___#sentiasabersyukur #alhamdulillah”
Akan tetapi apabila melihat di ruangan komen laman Instagram beliau, penuh dibanjiri dengan warganet yang khuatir dengan pemakaian venir palsu kerana jika tidak dibendung secepatnya, akan menyebabkan gusi dan gigi bermasalah di kemudian hari.

Dan untuk pengetahuan anda, rawatan venir ini hanya boleh dilakukan di klinik yang berdaftar dan pakar kerana prosesnya yang rumit dan risau akan berlaku komplikasi.
Namun sehingga kini, pelakon yang pernah popular dengan filem Pontianak Menjerit itu dilihat tidak memberi sebarang respon terhadap komen-komen yang diterima.

Boleh dikatakan sudah menjadi lumrah, apabila bergelar selebriti ataupun public figure, segala yang dilakukan pasti menjadi perhatian.
Nampaknya ramai yang concern dengan Sheila, sebab itu mereka tegur.
Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Sheila.
Sumber: Instagram Sheila Rusly
Post comments (0)