Sering dikatakan persis Kylie Jenner tetapi versi Malaysia, Ameera Khan atau nama komersialnya Little Miss Khan nampaknya menggamatkan media sosial sekali lagi.
Seperti kakaknya Neelofa, ada sahaja isu yang akan dibangkitkan, antaranya yang terbaru, Ameera mendedahkan bahawa dia memakai sebuah krim jenama terkemuka bernilai RM1,000 di laman Instagram miliknya, tetapi bukan memakai krim berkenaan di muka, malah di punggungnya.
Perkara itu mengejutkan ramai pihak kerana harga produk yang sebegitu mahal, malah Ameera turut mengundang perhatian netizen apabila memuat naik satu foto di laman Instagram memaparkan bentuk tubuh punggungnya pula, sehingga dianggap kurang sopan oleh netizen.
View this post on Instagram
Foto yang di muat naik itu turut mendapat pelbagai tohmahan netizen yang kurang senang melihat Ameera berposing sebegitu.
Dalam pada itu, ada juga komen-komen lucu yang singgah di ruangan komen hantaran berkenaan, antaranya ;
Malah ada juga yang mengatakan adik kepada selebriti terkenal itu mengubah suai gambarnya menjadi slim sebegitu. Aduhai macam-macam lah netizen.
Namun begitu, nampaknya Ameera hanya mengendahkan kata-kata netizen dan tidak cepat melatah.
Harap Ameera bertabah lah dengan komen-komen yang diterima dan terus menjadi diri sendiri, jangan pedulikan kata-kata orang okay?
Sumber : Instagram Ameera Khan
Baca artikel berkaitan : Muat Naik Foto Sendiri, Ruangan Komen Ameera Khan Dihujani Isu Daging Harimau Menangis
Post comments (0)