Baru-baru ini Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang gara-gara peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.
PKPB yang berkuat kuasa tepat jam 12.01 tengah malam tadi, pada 9 Oktober 2020, sekali gus membuatkan Pejabat Agama Klang diserbu dengan bakal pengantin yang mahu bernikah pada malam itu juga.
Kredit Foto : Sheikh Ameer Haziq
Menerusi perkongsian jurugambar Sheikh Ameer Haziq di Facebook, Pejabat Agama Klang itu digambarkan seperti mahu meletup disebabkan pengantin yang menyerbu pejabat berkenaan.
“Nak meletup pejabat agama klang… Semua nikah malam ni (malam tadi) gak.. Berpuluh pengantin jugak lah..”
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3715224448496304&id=100000263562001
Mungkin kerana kebimbangan dari pelbagai faktor termasuk lanjutan PKPB, kekangan kewangan, masa dan sebagainya sehingga membuatkan ke semua bakal pengantin itu tiada pilihan selain meneruskan pernikahan mereka.
Sumber turut memberitahu bahawa Tok kadi di seluruh Klang berhimpun di pejabat agama tersebut untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada semua pengantin di mukim itu. Pernikahan itu dipercayai dimulakan pada petang hari sehingga 11 malam tadi. Pengantin juga hanya diberikan masa setengah jam sahaja.
Kepada semua bakal pengantin yang terkesan, kami doakan supaya urusan anda dipermudahkan. Jangan putus asa, setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
Post comments (0)