Setiap orang yang bercinta pasti mahukan pengakhiran yang bahagia, tapi kalau tak ada jodoh pastinya ia akan berakhir tanpa sebarang ikatan yang sah.
Ada orang yang bila dah berpisah mereka akan tetap berkawan dan ada juga yang membawa haluan sendiri sehingga langsung tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi.
Namun ada juga yang masih belum move on dengan cara menunjukkan kebahagiaan di hadapan bekas kekasih sehingga mengganggu fikiran si dia.
Kejadian patah hati ini berlaku di Indonesia dan video pendek detik hitam itu telah dikongsikan di aplikasi TikTok dan telah ditonton sebanyak hampir 900,000 kali.
@iwan_ocsetiawan22Sakitnya ke ubun”ini mah , mantan ga ada akhlak ??♬ original sound – Iwan Ocsetiawan
Sedang asyik buat kerja, tiba-tiba sahaja muncul sepasang kekasih yang mengambil gambar sempena pre wedding mereka.
Rupa-rupanya si perempuan itu merupakan bekas kekasih kepada salah seorang barista di situ.
Tak sengaja bekas kekasih datang ke tempat kerja. Ternyata pre wedding bersama dengan bakal suaminya.
Pada awalnya barista tersebut masih mampu lagi tersenyum sambil melihat aksi mesra mereka di hadapan mata, namun tidak lama kemudian dia akui bahawa dirinya tidak kuat untuk menahan sakit.
Rata-rata komen yang ditinggalkan di video tersebut menyuarakan perasaan geram mereka terhadap wanita tersebut kerana dengan sengaja memilih lokasi kafe itu berbanding tempat lain.
Mungkin situasi disini kelihatan seperti barista itu belum lagi move on sepenuhnya daripada kekasih dia.
Tetapi persoalannya ialah mengapa wanita itu memilih untuk ke kafe tersebut?
Sedangkan banyak lagi tempat lain yang dia boleh ambil gambar, adakah dia sendiri masih belum move on dah cuba untuk menunjukkan kebahagiaan di hadapan bekas kekasihnya?
Harapnya perkara sebegini tidak terjadi dekat Malaysia sebab kalau jadi, confirm ramai netizen yang akan tumpang sakit hati.
Post comments (0)