Kembali hangat nama Datin Vivy Yusof, sebelum ini Vivy pernah dikecam netizen kerana isu yang melibatkan Pakej Ransangan Ekonomi yang diberikan oleh kerajaan, dianggap berat sebelah kerana lebih utamakan golongan B40 dari usahawan.
https://www.instagram.com/p/CEX1dFCAbl2/
Pengasas FashionValet ini kemudian mengemukakan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini terhadap Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal atas dakwaan memfitnah dirinya berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan Covid-19.
Vivy turut mendakwa, pernyataan fitnah yang dimuat naik di akaun laman sosial wanita itu dengan tujuan merosakkan atau mencemuh dirinya sehingga menjadi tular di media sosial, reputasinya selaku ahli perniagaan dan Ahli Lembaga Pengarah UiTM terjejas teruk apabila ia turut mengundang kecaman pengguna laman sosial lain.
https://www.instagram.com/p/CEdkk9FgyNT/
Bukan itu sahaja, ada pelancaran petisyen dibuat di laman web pada 1 April lalu yang telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet, mendesak Vivy dilucutkan daripada ahli lembaga pengarah universiti disebabkan isu yang tular tersebut.
Plaintif berkata, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada Alia supaya berhenti menerbitkan pernyataan fitnah di mana-mana laman sosial. Dakwanya, defendan telah membalas surat tuntutan itu melalui aplikasi Facebook tetapi gagal untuk memenuhi kesemua kehendak plaintif.
Oleh demikian, Vivy menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi menegah defendan membuat sebarang penerbitan fitnah dan lain-lain perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Oktober ini.
Post comments (0)