Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hazeman Huzir Terkejut, Pakcik Ini Tinggal Dalam Masjid 2 Tahun Sebab Taknak Susahkan Anak

today14 January 2021

Background

Sempena dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang singkat, pastinya ramai tidak sempat membuat persediaan untuk menjalani tempoh dua minggu di dalam rumah masing-masing.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang warga emas ini yang mana beliau mengambil keputusan untuk tinggal di dalam masjid di Shah Alam selama dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

Perkara itu telah mengejutkan pengacara televisyen, Hazeman Huzir yang baru mendapat tahu tentang kejadian itu 7 jam sebelum bermulanya PKP 2.0 pada 13 Januari lalu.

Namun disebabkan PKP, pakcik berkenaan mengambil keputusan untuk menetap sementara di sebuah surau dekat Seksyen 7 kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya.

Difahamkan, pakcik itu juga menghidap sakit kaki sehingga membuatkan beliau tidak boleh berdiri dan berjalan dengan terlalu lama.

Disebabkan video tersebut, ramai turut bersimpati dengan nasib pakcik itu dan mengakui sering terserempak dengan beliau di kawasan Shah Alam ketika sedang menjual dadih.

Walaupun mempunyai kekangan untuk membantu disebabkan PKP yang sedang berlangsung, Haze tetap berusaha untuk mencari jalan bagi meringankan beban beliau.

Semoga ada pihak yang akan membantu pakcik tersebut agar beliau dapat menjalani kehidupan selesa di sebuah tempat yang bergelar rumah.

Sumber foto dan video: Instagram Hazeman Huzir

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (3)

Sosial

Stress Dengan Sasaran Yang Tinggi, Para Guru Gantung Sepanduk Usir ‘Pengetua Mental’

Umum mengetahui bahawa kerjaya sebagai seorang guru sememangnya perlu mempunyai nilai kesabaran yang tinggi disebabkan tekanan kerja yang mampu menggugat emosi. Suasana kerja yang ‘tertekan’ mampu membuat seseorang itu melakukan tindakan yang luar daripada kawalan. Terbaharu, tular sebuah perkongsian tweet @Mxstaqim1 yang memuat naik satu gambar sepanduk berbaur hasutan para guru di sekolah berkenaan untuk mengusir pengetua sekolah yang digelar ‘pengetua mental’.

today14 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *