“Allah temukan saya dengan dua insan yang baik hati… saya sangat terhutang budi dengan mereka”
Demikian kata-kata seorang bapa yang meluahkan rasa syukur dan penghargaannya kepada kedua anggota polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Pilah yang sanggup membantu mendapatkan susu formula bayinya semalam.
Kisah menyentuh hati itu sekelip mata tular selepas dikongsikan bapa berkenaan di akaun Facebook bernama Zul Hilmy di FB (IPD) Kuala Pilah.

Melihat di dalam mesej yang ditulis, Zul berkata insiden itu bermula apabila anaknya yang berusia sehari menangis kelaparan kerana isterinya mengalami masalah kekurangan susu badan.
Terlupa akan PKPB di mana kebanyakan kedai serbaneka tutup lebih awal, perkara itu menyebabkan dirinya ditahan oleh dua orang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Pilah pada jam 1 pagi.
Selepas menjelaskan situasi sebenar kepada anggota polis berkenaan, beliau terkejut kerana menyangka dirinya akan dikenakan tindakan, tetapi sebaliknya dibantu oleh polis berkenaan.
Polis Kuala Pilah “Hero” Masyarakat
Seorang lelaki telah menzahirkan rasa syukur dan setinggi-tinggi penghargaan yang…
Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah on Tuesday, 24 November 2020
Malah mereka menzahirkan rasa berbesar hati dapat membantu dan turut mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulungnya itu.
Humanity restored! Terima kasih anggota polis di IPD Kuala Pilah atas keprihatinan dan tanggungjawab.
Sumber FB: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah.Â
Post comments (0)