Sesiapa yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan pasti tahu betapa bermaknanya kehadiran si bulu itu di dalam hidup mereka.
Kalau tengah bad mood, mesti kita akan rasa tenang bila dapat melihat gelagat si manja itu.
Nah siapa yang tak boleh tengok tweet dia tu. Tapi takde suara lah. Baru nak stalk dah private 😌 pic.twitter.com/2vgmI0KUS5
— 𝓲 ⁷ (@_feayahifa) October 7, 2020
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gelagat kucingnya yang telah bersalam dengan datuknya dan itu membuatkan ramai terhibur melihat video tersebut.
Pada mulanya gadis tersebut memberitahu bahawa kucingnya itu pandai untuk bersalam apabila datuknya menghulurkan tangan di hadapannya.
Pada masa yang sama kucing berwarna kelabu itu juga menyuakan wajahnya dengan rela untuk dicium oleh pemiliknya itu.
Namun pada 6 Oktober, twit tersebut telah dipadam oleh gadis tersebut selepas menerima banyak kecaman.
in case anyone missed the tweet pic.twitter.com/iJ3H5bzoDt
— ' (@markiegaen) October 6, 2020
Disebalik kecomelan itu, ada pengguna Twitter memuatnaik semula video penuh yang menunjukkan kucing itu telah dipukul oleh datuknya.
This is clearly animal abuse, scroll down to see what this person posted. No wonder the cat salam, the cat is in fear.
Disebabkan itu, ramai netizen mengecam tindakan gadis tersebut walaupun ada yang beranggapan pukulan itu hanya la sebagai pukulan manja untuk bergurau sahaja.
Bagi mereka perbuatan memukul bagi mengajar bukan la tindakan yang sepatutnya kerana kucing bukan la haiwan yang boleh diajar untuk menerima arahan seperti itu.
Ada juga beberapa netizen yang ingin melaporkan perbuatan itu kepada pihak berkuasa.
Post comments (0)