Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ingatkan Nak Dating, Rupanya Jual Insurance,’- Video TikTok Wanita Ini Bikin Pecah Perut

today15 October 2020

Background

Tak tahu la nak sedih atau ketawa sekali bila tengok video yang ada dekat TikTok ni, kalau korang nak buat apa?

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Factura telah memuat naik stau video dari akaun TikTok milik seorang wanita dikenali sebagai Nik Hajar pada 13 Oktober lalu sehingga menimbulkan perasaan bercampur baur oleh netizen.

Pada mulanya video itu menunjukkan bahawa Hajar bakal bertemu dengan seorang lelaki yang dikatakan bersedia untuk hidup bersama dengan dia.

Pada masa yang sama, Hajar merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki.

Dia pun memulakan misi untuk mencari baju yang sesuai sampai feeling pakai baju pengantinnya 9 tahun yang lalu.

Dengan harapan yang setinggi gunung, dia sangat berharap supaya lelaki yang akan dia jumpa ini merupakan jodoh yang sesuai untuk dirinya.

Namun harapan musnah apabila dia sampai ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu, rupa-rupanya lelaki itu bukannya mahu mencari pasangan hidup, tetapi sebaliknya dia merupakan seorang jurujual insurance.

Lepas 10 minit jumpa, rupanya dia bukan nak date aku, dia nak jual insurance je sebenarnya.

Haihh, kalau korang tengok video ni apa perasaan korang agaknya ya?

Video berkenaan telah mendapat bermacam reaksi netizen sehingga ditonton sebanyak hampir 200,000 kali.

Rupa-rupanya video itu hanya sekadar lakonan untuk content sahaja, bukannya kejadian sebenar.

Menurut Hajar, video itu dilakonkan oleh rakannya sendiri dan dia juga meminta maaf atas segala salah faham yang berlaku.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Neelofa Kini Sudah Berpudah, Semoga Terus Istiqamah

Menurut sumber, Neelofa, 31, memuat naik status Insta Story di laman Instagramnya hari ini meminta agar semua pihak mendoakan perjalanan barunya ini.“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan selalu berada dalam rahmat dan ehsan-Nya,”... Klik sini untuk […]

today15 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *