Persoalan mengapa selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) tidak didakwa kerana merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan terus menjadi bahan bualan dan perdebatan netizen.
Rata-rata membuat andaian Nilai 3 yang sememangnya terletak dalam Negeri Sembilan kini telah ‘bertukar milik’ kepada Selangor gara-gara pihak berkuasa tidak mendakwa pasangan berkenaan yang merentas negeri ke negeri tersebut semata-mata untuk membeli karpet.
Terpanggil untuk mengutarakan pendapat, penyanyi legenda negara iaitu Dato Hattan turut memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya, mempersoalkan pertukaran Nilai di dalam negeri Selangor.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, apo koba? Ini apo pulok dikoba Nilai dalam Selangor ni? Esei ni anak jati negeri sembilan ni woii, esei bpsar di senanti. Seluruh negeri sembilan ni tak ada lah besar bona tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi check dengan JUPEM” ujar Dato hattan
Dato Hattan juga seakan hairan sejak bila Nilai bertukar menjadi hak milik Selangor, malah menyuruh mereka yang tidak mempercayai bahawa Nilai adalah di bawah naungan Negeri Sembilan, untuk merujuk dengan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Lihat reaksi-reaksi pengikut di laman Instagram Dato Hattan :


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan merentas negeri pasangan selebriti tersebut telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.
Sumber : Instagram Dato Hattan