Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jangan Balik Sebelum I Bunuh You” Terima Komen Ugutan, Jasmine Suraya Tenang Membalas

today14 January 2021

Background

Nampaknya lakonan seorang pengacara, model dan pelakon wanita iaitu Jasmine Suraya di dalam Drama Bidadari Salju berjaya membuat netizen tidak duduk diam dek kerana babak berpelukan bersama Adam Lee di dalam drama berkenaan.

Meninjau di laman sosial Instagram Jasmine, beliau ada memuat naik satu foto dirinya sedang mengambil gambar di tengah jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Dengan kapsyen ringkas ;

“Jeannie nak balik London dahhhhhhh.

Will she be back? ? #BidadariSalju

Siapa2 yang belum layan episode malam nie can watch it on repeat on @wetvmalaysia”

Jasmine turut memberitahu di kapsyen bahawa watak Jeannie yang dibawanya akan pulang ke London dan seakan memberi hint akan kembali lagi.

Meninjau di ruangan komen, nampaknya isteri kepada Hariz (Adam Lee) iaitu Sweet Qismina yang membawa watak Kayra turut meninggalkan komen menggerunkan di laman IG Jeannie!

Aduhai sampai nak bunuh Jeannie ye Kayra!

Mana tidaknya, siapa yang tak marah kalau ada perempuan lain nak goda suami kita ye tak?

Santai membalas komen berkenaan, Jasmine memberitahu bahawa sebelum beliau diserang oleh Kayra, pasti akan diserang oleh peminat Sweet terlebih dahulu.

Aduhai kelakar la mereka berdua ni!

Sumber: Instagram Jasmine Suraya

 

Baca artikel sebelum ini : “Kenapa Jatuh Celah Tu?” Penonton Kurang Senang Dengan Babak Drama Bidadari Salju

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Renew Insurans Sambil Menderma, Bjak.my Ambil Inisiatif Lancar Tabung Untuk Mangsa Banjir

Memahami keadaan yang dialami oleh mangsa banjir, Bjak.my telah mengambil iniasiatif dengan melancarkan tabung Bjak Kasih bagi membantu ribuan mangsa banjir di beberapa buah negeri terjejas.Syarikat teknologi berstatus MSC ini memaklumkan tabung itu ditubuhkan selepas melihat situasi banjir yang semakin kritikal khususnya di Pahang, Johor dan Terengganu yang bermula sejak penghujung tahun lalu.Menurut Pegawai Perhubungan Korporat Bjak.my, Amierul Nasir, atas rasa tanggungjawab dan... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *