Pada 7 Januari 2021, nama pelakon, pengacara dan duta produk terkenal iaitu Janna Nick tiba-tiba hangat diperkatakan dan trending di laman sosial Twitter disebabkan satu tweet ataupun ciapan yang dimuat naik olehnya yang memanggil salah seorang pengguna di Twitter dengan panggilan “Loser“.
Menurut siasatan kami, perbalahan Janna sesama individu di Twitter itu bermula apabila Janna memberikan pendapat beliau terhadap filem The Purge yang pada pendapatnya, filem itu memberi impak ataupun pengaruh besar terhadap masyarakat.
Sometimes these guidelines may seem restrictive, however it’s up to the industry to be as creative as possible within the said guidelines.
May Malaysia always stay peaceful !
Amin— JANNA NICK (@jannanick95) January 7, 2021
Disebabkan itu, Janna di dalam ciapannya menegaskan bahawa betapa pentingnya garis panduan di dalam penghasilan sebuah filem seperti mana yang sedang dilakukan oleh industri filem di Malaysia ketika ini.
Turut menyuarakan pendapat, individu di Twitter dengan tweet handle @notsoaidil membalas ciapan Janna, memintanya untuk mendidik dirinya terlebih dahulu mengenai rakyat Amerika sebelum memberikan pendapat tentang filem tersebut.
Tampil berani menjawab kritikan, Janna membalas ciapan tersebut dengan menulis ciapan ini ;
So creating movies about racism & highlighting the lower class being oppressed by the upper class help the situation ? Being educated but ignorant doesn’t help either ? https://t.co/uvpsLfu4EF
— JANNA NICK (@jannanick95) January 7, 2021
“Jadi membuat filem tentang perkauman & menonjolkan kelas bawahan ditindas oleh golongan atasan membantu keadaan? Berpendidikan tetapi jahil sama sekali tidak membantu juga ?” tulis Janna
Perbalahan antara mereka nampaknya menjadi lebih hangat apabila individu tersebut membalas kembali ciapan Janna dan pelakon itu turut ‘diserang’ oleh warganet di Twitter.
Janna juga dilihat membalas ciapan tersebut dengan kata “Loser”, mungkin kerana sudah malas mahu berbalah sesama individu berkenaan.
Akan tetapi warganet di Twitter tidak berhenti di situ dan Janna dilihat terus dihentam warganet disebabkan pendapatnya itu.
Dalam pada itu, Janna turut meluahkan rasa kecewanya terhadap netizen yang menghentam seperti yang ditulis di Twiter miliknya ;
Pagi ni saya bangun dengan rasa sungguh kecewa terhadap warga netizen. Saya di kecam dan dihina. Saya berasa sedih teramat. Sesungguhnya saya amat memerlukan sokongan kalian untuk saya meneruskan kehidupan saya.
Aku insan yang lemah, Hanya mampu berserah, Ingin sekali bertemu…— JANNA NICK (@jannanick95) January 8, 2021
Memetik kata-kata Janna dari Utusan Malaysia, Janna berkata setiap orang tidak kira sesiapa mempunyai hak untuk bersuara dan dia tidak berkecil hati sekiranya ada pihak yang tidak terbuka untuk menerima pandangan peribadinya.
Malah, setakat ini perbalahan antara mereka masih lagi “on going” dan Janna juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkongsi pendapat.
Diharapkan mereka berdua dapat mencapai kata sepakat dan tidak berbalah antara satu sama lain.
Kita kan satu Malaysia? Peace!
Sumber : Twitter Janna Nick
Post comments (0)