“BAYANGKAN KALAU ITU FAMILY KITA”
Demikian kata-kata pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak selepas membantu seorang wanita yang berdepan kesusahan berada di tengah-tengah jalan raya berikutan kenderaannya mengalami kerosakan.
Zizan berkongsi video itu di laman sosial Instagram miliknya dan dilihat memberhentikan kenderaanya di sisi jalan lalu berlari ke arah kenderaan tersebut semata-mata untuk membantu wanita berkenaan.

“Ringankan beban hulurkan bantuan. Tapi kadang ada hari yang kita mampu tolong dan kadang ada hari yang kita tidak mampu tolong. Sekurangnya kita cuba tolong. Rasanya kereta akak ni gearbox problem kot” ujarnya
Di dalam video berdurasi hampir 3 minit itu, Zizan turut bertanyakan mengenai keadaan kereta tersebut terhadap wanita itu.
Difahamkan punca kerosakan kereta itu berpunca daripada masalah gearbox.
Dalam pada itu ramai yang memuji tindakan Zizan yang dianggap berperikemanusiaan dan patut dijadikan contoh.


Good job Zizan! Semoga lebih ramai orang terinspirasi untuk saling membantu antara satu sama lain.
Post comments (0)