Hidup berumah tangga pasti ada kisah menarik yang boleh dikongsikan.
Kebiasaannya selalu kita dengar, “isteri itu sebenarnya cantik kalau suami keluarkan modal untuk kecantikan isterinya.”
Namun bila ayat ini keluar dari pihak lelaki, ia terasa lucu tetapi mungkin ada benarnya.
Pada 2 November 2020, pemilik akaun Instagram thefaizibrahim telah memuat naik perkongsian dari tweet miliknya.
Di ruangan komen, pemilik akaun itu turut meninggalkan kata-kata dalam bentuk gurauan:-
“Orang tua-tua cakap, kalau lelaki dia tu kemas and kacak, semestinya dia dijaga oleh perempuan yang baik dan menyejukkan hati. Orang tua-tua cakaplah dan please, jangan tanya orang tua yang mana. Identiti dia dirahsiakan. ?”
Ada pemilik akaun yang mengatakan bahawa kenyataan ini adalah sesuatu yang baru didengar dari kaum adam.
Terdapat pemilik akaun yang tafsirkan, untuk seseorang lelaki kelihatan handsome, si isteri perlu menjaga hati suami supaya tidak stress.
Namun ada juga yang menyatakan kerisauan jika memiliki suami yang handsome ini boleh menarik perhatian wanita lain untuk mendekati suami.
Bagaimanapun, perkongsian dari thefaizibrahim ini boleh juga di ambil tahu oleh golongan wanita. Misalnya anda bercadang untuk membeli hadiah kepada pasangan, boleh pilih hadiah yang boleh buat pasangan itu kelihatan handsome.
Maksud handsome tidak terhad kepada paras rupa sahaja, malah dari segi penampilan fizikal luaran juga.
Yang penting, hati pasangan pun kena jaga tau!
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Post comments (0)