Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kapsyen ‘Mati Katak’ Pegawai PGA Dikatakan Tidak Jaga Sensitiviti, Maria Tunku Sabri Beri Penjelasan

today26 November 2020

Background

Kepada yang mengikuti rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang sering dipaparkan di kaca televisyen suatu ketika dahulu, pasti mengenali hosnya iaitu Maria Tunku Sabri yang pernah mengacarakan sehingga 12 musim.

Terbaru, Maria memuat naik satu video memasak, berkongsikan resipi ikan siakap 3 rasa kepada pengikut di laman sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

Akan tetapi, lain pula yang berlaku apabila kapsyen yang ditulis bekas pengacara JJCM itu mengundang kemarahan warganet kerana menganggap dirinya seakan tidak menjaga sensitiviti.

“IKAN SIAKAP 3 RASA TERKESAN ANGGOTA PGA TERTEMBAK DI SEMPADAN MSIA-THAI”

“Apalah nak jadi mati camtu saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai?????”

“Mati dalam menjalankan tugas demi negara takziah buat keluarga”

“Ikan Siakap 3 Rasa resipi harini ya jap nak ?????”

Umum mengetahui bahawa negara sedang dikejutkan dengan kejadian menyayat hati di mana seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, maut akibat ditembak oleh  warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis.

Susulan itu, hantaran video yang di muat naik oleh bekas pengacara JJCM itu mendapat kecaman hebat daripada pengikut dan warganet.

Selepas dikecam di rata-rata laman sosial, pengacara itu dikatakan mengubah sedikit kapsyennya.

Dalam pada itu, Maria dilihat tampil membalas dan menjelaskan maksud disebalik kapsyen yang ditulisnya itu.

Mungkin niatnya hanya mahu menyampaikan berita itu kepada umum dengan cara tersendiri tetapi disalah anggap  pula oleh warganet.

Diharap selepas ini kita semua lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti dalam menulis dan memuat naik hantaran di laman sosial.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Khabib tewas pujukan White | Harian Metro

London: Khabib Nurmagomedov memberi bayangan besar untuk kembali ke UFC selepas memberitahu Dana White 'Jumpa anda tak lama lagi'. Masa depan Khabib dalam sukan seni bela diri campuran mencetuskan spekulasi apabila dia membuat kejutan dengan mengumumkan persaraan selepas menewaskan Justin Gaethje bulan lalu. Ia pertarungan pertama sejak kematian bapanya, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat komplikasi koronavirus. Tetapi sebelum itu, Khabib mengesahkan bapanya selalu... Klik sini untuk […]

today26 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *