Ketika menteri di negara-negara lain sibuk mencuba untuk memutuskan rantaian COVID-19, sehingga ada yang menarik diri dengan meletakkan jawatan, perhatian kini tertumpu ke arah Menteri Kesihatan Indonesia.
Perkara ini jelas dibicarakan baru-baru ini menerusi sebuah wawancara yang disiarkan menerusi stesyen televisyen Indonesia.
Apa yang menarik perhatian adalah gaya pengacara program berkenaan iaitu Najwa Shihab ketika mengendalikan segmen tersebut.
Jom kita saksikan:-
https://www.instagram.com/p/CFrMeHjDr1N/
Menerusi temuramah tersebut, jelas menunjukkan Najwa seorang diri bertutur dengan sebuah kerusi kosong selepas ahli politik tersebut memilih untuk tidak menghadirkan diri.
Walaupun sudah beberapa kali diundang, Menteri Kesihatan Indonesia iaitu Terawan Agus Putranto tetap berdiam diri, malah dikatakan menghilang ketika angka COVID-19 meningkat di negara itu.
Indonesian journalist @NajwaShihab interviewing an empty chair (instead of the Minister of Health who chickened out from the invitation) is an iconic-yet-ironic moment of government's transparency and accountability. pic.twitter.com/K3KvyzqDpy
— Margianta S. J. D. (@margianta) September 28, 2020
Temubual tersebut sehingga kini menjadi bualan orang ramai selain terdapat juga yang memuji kehebatan serta kelantangan Najwa ketika bersuara menanyakan beberapa soalan.
Post comments (0)