Kalau kena tegur, mesti la sebab kita ada buat salah kan? Orang takkan tegur kita kalau kita tak ada buat salah.
Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang warga emas berbangsa Cina telah dibelasah teruk oleh seorang individu di sebuah taman.
Guys aku kesian do dengan uncle ni. Orang tengah jogging, tetiba mamat ni datang bawa moto nak lalu. Uncle tu pun tegur la kat sini tak boleh bawa masuk moto. Terus mamat tu mengamuk maki, tumbuk uncle tu, sampai baju koyak, then ambil ranting pukul lagi uncle tu. pic.twitter.com/kpBpZlQ0MD
— 𝓡𝓪𝓻𝓪𝓪💕 (@raraa890) October 15, 2020
Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Rara.
Menurut ceritanya, pakcik itu sedang bersenam di Taman Rekreasi Bandar Baru Sungai Buloh sebelum dia menegur seorang lelaki yang membawa motosikal di dalam kawasan taman itu.
Susuk tubuh lelaki itu menunjukkan dia seakan-akan dalam lingkungan usia 30-an dan berbadan besar.

Walaupun ditegur dengan baik, namun dia pula telah dipukul dengan menggunakan ranting kayu sehingga bajunya koyak.
Bukan sahaja bajunya yang koyak, kepalanya juga dikatakan berdarah disebabkan kesan pukulan yang diterima itu.
Terdapat dua orang pengunjung lain yang cuba untuk meleraikan pergaduhan itu kerana kasihan melihat pakcik tersebut dipukul dengan teruk.

Hasil maklumat daripada suami Rara, individu tersebut yang memukul pakcik itu merupakan pemegang sah kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan penduduk di sekitar turut mengesahkan bahawa dia memang akan mengamuk secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mungkin kasihan dengan nasib yang menimpa individu tersebut, pakcik itu tidak mahu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis, sebaliknya dia hanya memaafkan sahaja atas apa yang berlaku.
Dalam masa yang sama, Rara turut berharap supaya ada pihak yang boleh menjaga lelaki tersebut kerana dia sering berada dalam keadaan tidak waras.

Bimbang sekiranya perkara begitu menimpa orang lain pula yang mungkin akan menyebabkan dia pula yang dipukul.
Netizen juga berharap sekiranya lelaki tersebut dapat ditangkap supaya dia tidak mencederakan orang lain di kemudian hari.
Post comments (0)