Drama Start-Up dari Korea Selatan telah menayangkan episod akhir drama itu pada 6 Disember 2020.
Adakah anda suka dengan penamat drama tersebut?
Namun bila teringat akan Sandbox yang menjadi antara tumpuan dalam Start-Up, tertanya-tanya pula adakah Malaysia mempunyai kehebatan seperti itu?
Pada 8 Disember 2020, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin telah membuat satu hantaran di Twitter miliknya.
Launching our second @SandboxMalaysia Drone & Robotics test site this morning after FELDA. This one is an urban setting testing drones and robotics in manufacturing, logistics, etc. I want Malaysia to be a leader in drone tech & transform into a low-touch, high-tech economy.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) December 8, 2020
Tweet yang dikongsi beliau atau lebih mesra digelar KJ itu, memberitahu tentang perkembangan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS).
Menurutnya, Sandbox yang ditonjolkan dalam Start-Up sebenarnya juga wujud di Malaysia.
Wah, ternyata negara kita tidak kurang hebatnya!
Selain itu beliau menambah:-
“And I am with #TeamHanJiPyeong”
Nampaknya KJ juga tidak ketinggalan menonton drama yang hangat diperkatakan ini.
Anda pula #TeamNamDoSan atau #TeamHanJiPyeong?
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin
Post comments (0)