Nampaknya isu penyebaran berita palsu semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini, lebih-lebih lagi penyebaran secara dalam talian.
Berita palsu yang disampaikan boleh jadi akan menjejaskan sesuatu perkara sehingga menyebabkan kesan yang negatif kepada diri seseorang.

Kali ini, terdapat penyebaran berita palsu mengatakan kononnya terdapat taktik baharu daripada scammer yang boleh menyebabkan akaun bank dan data peribadi kita dipindahkan.
Dalam masa yang sama, berita palsu yang disebarkan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Amad Ewan itu turut mengatakan kononnya isu itu telah disahkan ketika siaran langsung Buletin 1:30 TV3 pada 21 Januari lalu.
Tetapi, berita yang disampaikan oleh penyampai berita Nur Jamalina Jamali itu ialah berkaitan dengan modus operandi penipuan yang memperdaya pengguna menyerahkan nombor TAC bagi tujuan mencuri wang serta data peribadi yang tiada kaitan dengan upgrade baharu yang dibuat oleh pihak aplikasi Whatsapp.
Whatsapp kini sudah mempunyai status yang mana ia akan memberitahu setiap update yang dilakukan oleh pihak mereka kepada pengguna.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @XavierNaxa yang terkenal dengan perkongsian berkenaan gadget itu turut mengesahkan bahawa berita tersebut merupakan isu palsu semata-mata.
Saya sudah jangka akan berlaku perkongsian yang kurang tepat dengan alasan mahu menimbulkan situasi panik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perlu diingatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Buletin Utama tiada kaitan dengan iklan yang dipamerkan oleh WhatsApp. pic.twitter.com/cRh9tIeFxU
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) January 29, 2021

Lelaki tersebut telah membuat permohonan maaf di laman Facebook miliknya dan mengakui ia sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk memberi peringatan kepada umum.

Namun menyebarkan berita palsu turut merupakan satu kesalahan besar yang boleh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Maka dengan itu, sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan ia sahih dan tepat!
Sumber foto dan video: Facebook dan Twitter
Post comments (0)