Kes buli masih lagi berleluasa di Malaysia, tak kira di sekolah ataupun luar kawasan sekolah, pasti ada sahaja kejadian buli berlaku.
Pada 8 Oktober, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amirul Roy Official telah memuatnaik satu video kejadian buli yang dilaporkan berlaku di PPR Blok B, Kampung Muhibah Puchong.
https://www.facebook.com/Amirulofficial04/posts/220774336050869
Video yang berdurasi selama 30 saat itu menunjukkan beberapa remaja lelaki berada di kawasan taman perumahan tersebut.
Tidak tahu apa puncanya, tiba-tiba seorang remaja lelaki yang sedang duduk di atas kerusi telah ditumbuk oleh remaja yang lain.
Bukan setakat ditumbuk, remaja itu juga telah ditendang di kepala tanpa rasa kasihan.
Kau cabar kesabaran aku, aku dah kata jangan cabar kesabaran aku. Kenapa kau cabar kesabaran aku?
Sambil memukul, remaja itu juga telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap si mangsa.
Walaupun ditumbuk dan ditendang berkali-kali, remaja berkenaan tetap tidak membalas perbuatan mereka, dia hanya duduk diam sambil menahan sakit sahaja.
Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia yang mengecam tindakan tersebut sampai ada yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Mungkin selepas video ini tular, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas kesemua suspek supaya kes buli seperti ini tidak berleluasa.
Post comments (0)