Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lagu Selamat Pengantin Baru Diubah Lirik Dengan Kisah PKPB Kini Tular Di Media Sosial

today11 November 2020

Background

Sekarang ini semua negeri di Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.

Orang ramai pula perlu duduk di rumah dan dinasihatkan tidak keluar jika tiada urusan yang penting.

Di sebalik kesuraman tempoh ini, pasti ada perkara-perkara yang menarik dan lucu untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia.

Pada 9 November 2020, pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra telah berkongsi satu video lagu nyanyiannya yang diubah lirik dari lagu asal Selamat Pengantin Baru.

Melalui caption:-

“MENYAMBUT PKPB!
Mintak KWSP, Dapat PKPB. Yeay.

Sempena PKPB ni, Mari nyanyi sama-sama sambil menghiburkan hati yang terkucil.”

Video penuh boleh ditonton di YouTube.

Lagu yang diubah itu kedengaran cukup ‘kena’ dengan situasi PKPB sekarang dengan lirik yang menerangkan situasi yang berlaku.

Video lagu tersebut telah tular di media sosial dan ramai yang terhibur dengannya.

Kreatif betul rakyat Malaysia, terima kasih kerana menghiburkan!

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Teruja ‘First Day’ Masuk Kerja, Tapi Hari Yang Sama Juga Gadis Ini Diberhentikan Majikan

Sihat tubuh badan, keluarga yang bahagia, kerja yang bagus adalah antara salah satu nikmat yang diberi oleh Tuhan.Namun, tidak semuanya akan menjadi milik kita. Kadang kala kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Seperti mencari pekerjaan pada masa pandemik ini yang begitu sukar sekali.Lain pula dengan kisah seorang gadis yang merupakan seorang doktor gigi ini apabila tular di laman Twitter tentang kisah sedihnya yang berlaku dalam masa satu hari.

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *