Rasanya satu Malaysia sudah mengetahui tentang berita mengenai perkahwinan selebriti dan usahawan sanjungan ramai, iaitu Neelofa dan pasangannya, Haris Ismail atau PU Riz baru-baru ini yang hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial.

Dari keindahan majlis, reka bentuk pelamin yang dilengkapi dengan bunga putih, door gift ekslusif dari jenama terkenal iaitu Swarovski, Lancome dan busana pengantin itu sendiri, masih lagi menjadi perbualan netizen sehingga kini.
Tidak mahu terlepas dari kehebohan majlis perkahwinan tersebut, pengacara terkenal iaitu Awal Ashaari turut memuat naik video makanan yang dihidangkan ketika majlis usahawan jelita tersebut.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
“Kalau semua nak upload cerita nikah Lofa dengan Haris, habis siapa nak upload cerita kita dapat makan apa? Kan?”
Aduhai rare betul posting Awal ni kan? Terliur melihat video yang dikongsikan…..

Ini antara komen-komen netizen yang turut sama terkesima melihat menu yang dikongsikan oleh pengacara berkenaan ;

Udang galah sebesar tapak tangan, berapa lah agaknya harga makan untuk sekepala tu ya, phew!
Tiba-tiba terasa lapar pula…..
Sumber : Instagram Awal Ashaari
Baca artikel berkaitan : Membebel Kepada Adik, Perangai Lara Alana Dikatakan Ikut Awal Ashaari