Connect with us

Viral

Last Minute Siap Untuk Nikah, Bila Sampai Semuanya Terpaksa Dibatalkan..

Harap bersabar okay…

Published

on

Semenjak seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), banyak aktiviti yang perlu dibatalkan dalam masa dua minggu ini.

Aktiviti tersebut termasuklah majlis perkahwinan atau sebarang kenduri besar-besaran.

Seorang jurugambar bernama Adi Wafi telah kongsikan pengalamannya menyaksikan detik patah hati seorang pengantin yang sepatutnya menjadi raja sehari pada 14 Oktober lalu.

Pagi ni shoot pengantin di JAWI terus. Nak jadi cerita, nikah pun tak dibenarkan walaupun di JAWI. Pukul 10 ustaz datang cakap baru dapat tahu SOP nikah tak boleh dijalankan.

Maka selepas mendapat berita begitu, pengantin perempuan yang menempah dia sebagai jurugambar itu terus menangis.

Hati mana yang tak sedih bila dah siap pakai baju pengantin, makeup pun dah siap tinggal nak nikah sahaja, tapi semuanya tidak dibenarkan.

Menurut Adi lagi, pengantin tersebut baru dimaklumkan supaya dia bersiap sedia untuk dinikahkan pada malam 13 Oktober, namun esok paginya dia masih tidak dapat bernikah.

Akibat kesedihan melampau yang melanda dirinya, pengantin perempuan itu tidak mahu untuk menerima semula wang yang sudah dibayar kepada Adi.

Image

Baginya duit itu tidak memberi makna apa-apa lagi kerana segala persiapan untuk majlisnya telah dibatalkan.

Walaupun sudah dipaksa untuk menerima semula kesemua jumlah wang, dia tetap menolak kerana menganggap itu sebagai rezeki Adi.

Ramai netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pengantin tersebut dan berharap agar dia dan pasangan dapat bersabar menghadapi ujian ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di