Sejak kejadian seorang wanita terjatuh ketika membuat terjunan di ‘Rope Swing’ di Kuala Kubu Bharu pada 27 September lalu, satu arahan telah dikeluarkan menyebabkan kesemua aktiviti hayunan tali tinggi akan dihentikan serta merta.
Mangsa dilaporkan telah tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terhempas ke atas batu dan terjatuh ke dalam sungai.

Selepas disoal selidik, menerusi laporan di sebuah portal tempatan pada 2 Oktober, pihak EXCO Sukan Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberitahu bahawa pihak Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBSH) langsung tidak pernah mengeluarkan apa-apa lesen kebenaran kepada pihak penganjur tersebut semenjak tahun 2017.
Mereka sebenarnya pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi tetapi gagal menurut arahan dan tetap meneruskan aktiviti sehingga berlakunya kejadian tidak diingini.

Disebabkan itu pihak kerajaan negeri telah mengarahkan supaya segala aktiviti itu dihentikan dan kawasan tersebut juga perlu dikosongkan serta-merta.
Pada masa yang sama, pihak mereka juga akan terus memantau perkembangan baharu Siti Halijah selaku mangsa kejadian tersebut.

Ketika kejadian dikatakan telah berlakunya masalah teknikal pada kabel sehingga menyebabkan Siti Halijah tergantung.
Aktiviti terjunan ‘Rope Swing’ itu hanya akan dibenarkan beroperasi selepas pihak mereka selesai mengkaji dan mempertimbangkan peraturan berkaitan program pemurnian pelancongan di negeri Selangor.
Post comments (0)