Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lepas Kejadian Jatuh Tular, Aktiviti ‘Rope Swing’ Bakal Dihentikan Sementara Waktu Kerana Tiada Lesen?

today2 October 2020

Background

Sejak kejadian seorang wanita terjatuh ketika membuat terjunan di ‘Rope Swing’ di Kuala Kubu Bharu pada 27 September lalu, satu arahan telah dikeluarkan menyebabkan kesemua aktiviti hayunan tali tinggi akan dihentikan serta merta.

Mangsa dilaporkan telah tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terhempas ke atas batu dan terjatuh ke dalam sungai.

Selepas disoal selidik, menerusi laporan di sebuah portal tempatan pada 2 Oktober, pihak EXCO Sukan Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberitahu bahawa pihak Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBSH) langsung tidak pernah mengeluarkan apa-apa lesen kebenaran kepada pihak penganjur tersebut semenjak tahun 2017.

Mereka sebenarnya pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi tetapi gagal menurut arahan dan tetap meneruskan aktiviti sehingga berlakunya kejadian tidak diingini.

Mohd Khairuddin dilantik EXCO Selangor yang baharu

Disebabkan itu pihak kerajaan negeri telah mengarahkan supaya segala aktiviti itu dihentikan dan kawasan tersebut juga perlu dikosongkan serta-merta.

Pada masa yang sama, pihak mereka juga akan terus memantau perkembangan baharu Siti Halijah selaku mangsa kejadian tersebut.

Ketika kejadian dikatakan telah berlakunya masalah teknikal pada kabel sehingga menyebabkan Siti Halijah tergantung.

Aktiviti terjunan ‘Rope Swing’ itu hanya akan dibenarkan beroperasi selepas pihak mereka selesai mengkaji dan mempertimbangkan peraturan berkaitan program pemurnian pelancongan di negeri Selangor.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Cara Mohon Dan Daftar eBelia IYRES

Untuk langkah permulaan, sistem eBelia di bawah IYRES akan menjadi titik mula sinergi ini sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke dalam sistem portal baharu yang sedang dibangunkan termasuklah single sign-on ke sistem-sistem oleh agensi kerajaan yang lain."Hasilnya, kolaborasi KBS bersama MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) kini boleh dimanfaatkan dalam sistem eBelia ini di samping peluang pekerjaan yang disediakan melalui sistem carian pekerjaan Pertubuhan... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today2 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *