Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lepasni Tak Perlu Buang Barang Bekas Kekasih, Boleh Jual Dan Dapatkan Duit!

today26 October 2020

Background

Biasanya kalau pasangan kekasih yang terputus di tengah jalan mesti akan alami fasa membuang segala barang yang pernah diberikan oleh bekas kekasih kan?

Sampaikan ada yang sanggup bakar barang-barang sebab dah taknak ingat dekat si dia.

Tapi ada satu penemuan unik di Instagram yang mana boleh digunakan oleh mana-mana para gadis atau jejaka yang mahu membuang barangan bekas kekasih dalam masa yang sama dapat pulangan wang.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Natasha Anuar telah memuat naik satu posting berkenaan Instashop yang dijumpainya itu.

I jumpa IG jual barang preloved yang ex pernah bagi. Siap ada rate tahap kebencian kat ex.

Posting berkenaan mendapat perhatian ramai netizen yang sebelum ini tidak terfikir untuk menjual barang-barang berkenaan di media sosial.

Jika dilihat semua gambar di Instagram berkenaan, turut tertulis nota peribadi buat bekas kekasih mereka.

Dalam masa yang sama, pemilik Instagram berkenaan turut memuat naik satu twit balas memberitahu ada banyak kisah yang terjadi disebalik barang-barang yang dijual oleh pemilik barangan tersebut.

Instagram berkenaan turut melakukan perkhidmatan untuk sesiapa yang mahu menjual barangan mereka bagi melupakan kenangan lama.

Ada bagus juga cara yang dilakukan ini kerana sedikit sebanyak dapat mengelakkan pembaziran dan dalam masa yang sama mendapat pulangan wang ringgit kepada pemilik itu sendiri.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

CIMB Clicks Dan Maybank2u Alami Gangguan Teknikal

Sementara itu, Maybank pula mengalami masalah "intermittent" dengan laman web dan aplikasi mudah alih Maybank2u serta sebilangan pengguna tidak dapat mengakses akaun mereka.Menurut CIMB, laman web CIMB Clicks mereka tidak akan dapat diakses kerana β€œsystem downtime” dari jam 3 petang hingga 8 malam hari ini pada 26 Oktober, walaupun pelanggan di Twitter telah menyuarakan aduan mengenai laman web tersebut dari awal pagi... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *