Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Luah Rasa Sayang Secara Live, Aniq Suhair Terdedah ‘Perasaan’ Suka Pada Cik B Dengan GPH!

today7 December 2020

Background

Sebelum ini media sosial digemparkan dengan kisah hangat kononnya anak kepada usahawan terkenal, iaitu Cik B sedang menjalin hubungan cinta bersama jejaka kacak, Aniq Suhair.

Namun ada juga yang beranggapan, itu adalah gimik lakonan mereka di dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta semata-mata.

Menjawab kepada persoalan yang sedang digembar-gemburkan oleh netizen, trio lucu Geng Pagi Hot membuat panggilan kepada Cik B dan juga Aniq untuk bertanyakan mengenai kesahihan cerita tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?????? (@hotfm976)

Melihat di dalam video berkenaan, GPH sempat bertanyakan kepada Cik B adakah betul dirinya dan Aniq dikatakan bercinta?

“Taklah itu untuk drama Lelaki Lingkungan Cinta je” jawab Cik B

Apabila ditanya mengenai perasaan sebenar Cik B terhadap Aniq oleh GPH, anak kepada usahawan kosmetik itu turut menjawab,

“Sejujurnya tak ada perasaan sebab, takkanlah Aniq nak suka saya” 

Alahai Cik B very down to earth ya!

Tiada niat terselindung rapat dengan Cik B

Tanpa membuang masa, GPH terus memberi kejutan kepada Cik B dengan membuat panggilan kepada Aniq dan meminta komen Aniq mengenai perkara itu.

Aniq – “Saya suka Cik B tapi sampai hati Cik B buat saya macam ni, dia cakap dia sayang saya tapi dekat orang lain cakap tak sayang” 

Aniq – “Cik B tak rindu Aniq ke?” 

Cik B – “Rindu” 

Aniq – “Kalau orang kutuk kita, kita kena tetap positif okay Cik B? 

Cik B – “Yela maybe sebab Cik B under age kot”

Aniq- “Yang penting Aniq nak Cik b tahu Aniq sayang Cik B”

Cik B – “Aniq sayang Cik B macam adik”

Fuhh complicated juga sebenarnya hubungan Cik B dengan Aniq ni.

Jadi dah terjawab lah sebenarnya memang betul mereka tiada apa-apa hubungan istimewa, cuma sekadar rakan yang berkerjasama untuk drama tersebut.

It’s okay Cik B, kalau betul pun bercinta apa salahnya kan? Kbye!

 

Baca artikel sebelum ini : “My Fav…” Muat Naik Foto ‘Boyfriend’, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B

Written by: Fieyna Azman


Previous post

ChinaMilitary

Sosial

China Bakal Lahirkan Tentera Dengan ‘Superpower’ Mirip Captain America

Nampaknya, imaginasi Marvel dalam membina Captain America bakal direalisasikan oleh China. Menurut laporan dari pegawai perisikan Amerika Syarikat baru-baru ini, dia mendakwa bahawa China sedang berusaha melahirkan tentera dengan kemampuan ‘superpower’ yang dibina secara biologi. Kenyataan ini disampaikan oleh pengarah perisik AS, John Ratcliffe yang ditulis di dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal yang diterbitkan pada hari Jumaat... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *