Hot FM

Luah Rasa Sayang Secara Live, Aniq Suhair Terdedah ‘Perasaan’ Suka Pada Cik B Dengan GPH!

Sebelum ini media sosial digemparkan dengan kisah hangat kononnya anak kepada usahawan terkenal, iaitu Cik B sedang menjalin hubungan cinta bersama jejaka kacak, Aniq Suhair.

Namun ada juga yang beranggapan, itu adalah gimik lakonan mereka di dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta semata-mata.

Menjawab kepada persoalan yang sedang digembar-gemburkan oleh netizen, trio lucu Geng Pagi Hot membuat panggilan kepada Cik B dan juga Aniq untuk bertanyakan mengenai kesahihan cerita tersebut.

Melihat di dalam video berkenaan, GPH sempat bertanyakan kepada Cik B adakah betul dirinya dan Aniq dikatakan bercinta?

“Taklah itu untuk drama Lelaki Lingkungan Cinta je” jawab Cik B

Apabila ditanya mengenai perasaan sebenar Cik B terhadap Aniq oleh GPH, anak kepada usahawan kosmetik itu turut menjawab,

“Sejujurnya tak ada perasaan sebab, takkanlah Aniq nak suka saya” 

Alahai Cik B very down to earth ya!

Tanpa membuang masa, GPH terus memberi kejutan kepada Cik B dengan membuat panggilan kepada Aniq dan meminta komen Aniq mengenai perkara itu.

Aniq – “Saya suka Cik B tapi sampai hati Cik B buat saya macam ni, dia cakap dia sayang saya tapi dekat orang lain cakap tak sayang” 

Aniq – “Cik B tak rindu Aniq ke?” 

Cik B – “Rindu” 

Aniq – “Kalau orang kutuk kita, kita kena tetap positif okay Cik B? 

Cik B – “Yela maybe sebab Cik B under age kot”

Aniq- “Yang penting Aniq nak Cik b tahu Aniq sayang Cik B”

Cik B – “Aniq sayang Cik B macam adik”

Fuhh complicated juga sebenarnya hubungan Cik B dengan Aniq ni.

Jadi dah terjawab lah sebenarnya memang betul mereka tiada apa-apa hubungan istimewa, cuma sekadar rakan yang berkerjasama untuk drama tersebut.

It’s okay Cik B, kalau betul pun bercinta apa salahnya kan? Kbye!

 

Baca artikel sebelum ini : “My Fav…” Muat Naik Foto ‘Boyfriend’, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B

Exit mobile version