Usahawan Ervan Rizuan popular di media sosial dengan kandungan lucu yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk menarik perhatian penonton.
Akhir-akhir ini, Ervan dilihat kerap memakai topi keledar dalam beberapa video yang dikongsikannya.
Terbaharu pada 7 Februari 2021, beliau memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Video tersebut menunjukkan dirinya menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Namun malangnya, perkara yang tidak diingini telah berlaku apabila Ervan hampir terhumban ke dalam longkang.
Menerusi caption:-
“aku cuma nk tjk beza lokang gn muka aku je ??? ni nama dia balasan dari lokangg ? sakit nyaa .. aku bru nk makiii ye kbo muka aku mcm lokang … aku dok jangka pulok jd gini nasib fong dang slamat ???”
Beliau juga menunjukkan luka pada bahagian tangannya, manakala topi keledar yang dipakai pula tersangkut di dalam longkang.
Walaupun terdapat luka, namun nasib baik Ervan tidak turut jatuh ke dalam longkang.
Semoga beliau akan lebih berhati-hati selepas ini.
Sumber: Instagram Ervan Rizuan
Post comments (0)