Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Macam Agensi Cari Jodoh” Akaun Twitter Malaysia Airport Promote Abam Polis Sado!

today1 November 2020

Background

Biasa kita tengok lelaki bertubuh sasa ni mesti akan bekerja sebagai trainer di gimnasium sahaja kan?

Tapi jangan terkejut sekiranya korang ternampak seorang pegawai keselamatan aviasi (aviation security) bertubuh sasa ketika berkunjung ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Pada 31 Oktober yang lalu, akaun Twitter Malaysia Airport telah kongsikan sekeping gambar pegawai tersebut sehingga menarik perhatian ramai netizen.

Pegawai yang dimaksudkan itu dikenali sebagai Luqman Nurhaqim dan dia telah berkhidmat selama tujuh tahun di sana.

Perkongsian berkenaan telah membuatkan netizen tidak senang duduk sehingga ada yang bertanyakan tentang media sosial miliknya.

Hasil siasatan di Instagram miliknya, kini dia sudah memiliki seramai 15,000 followers.

Amboi, ni impak kena promote dekat Twitter ke macam mana?

Rata-rata mereka mengusik admin Malaysia Airport dan meminta supaya ada lagi foto pegawai lain yang akan dikongsikan selepas ini.

Bukan main ya rakyat Malaysia ni, risau je nanti lepas ni KLIA penuh dengan para gadis yang sedang ingin mencari jodoh!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Kiriya-Hiroshi-768×432

Sosial

Jimat Atau Kedekut? Lelaki Ini Hanya Guna Baucar, Tak Pernah Keluarkan Wang Selama 36 Tahun

Lelaki ini hidup puluhan tahun tanpa mengeluarkan wang tunai. Dia bergantung pada kupon atau baucar untuk ‘membeli’ pelbagai keperluan harian, termasuk makanan. Tidak pasti jimat atau kedekut. Lelaki yang bernama Kiriya Hiroshi yang berasal dari Jepun ini tidak pernah mengeluarkan wang selama 36 tahun, lapor Sinchew Daily. Hiroshi dilaporkan menggantikan wang tunai dengan baucar yang dia peroleh dari stok saham. Dia yang berusia 71 tahun rupanya... Klik sini untuk baca […]

today1 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *