Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahu Berkongsi Rezeki, Sasha Aziz Belanja 100 Ikan Patin Kepada Frontliners

today24 February 2021

Background

Pernah dikecam dan dikritik kerana penampilannya yang seksi dan sejarah hidup sebelum ini, namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya kerana sedar hanya Allah sahaja yang layak menghakimi, itulah usahawan  dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz.

Bagi yang mengikuti dirinya di laman Instagram, pasti tahu setiap hari ada sahaja kebaikan yang dilakukan oleh beliau, tidak lokek memberi bantuan dan pertolongan.

Terbaharu, Sasha memuat naik aktivitinya di laman Instagram, di mana beliau belanja fronliners makan tengahari,  iaitu 100 ikan patin berserta nasi kepada barisan polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sasha aziz (@sashaabdulaziz)

Wahhh untungnya mereka semua, sedap tu ikan patin!

Menulis di ruangan kapsyen :

“Dan dalam rezeki Allah beri utk saya tak salah kalau saya nk share dengan mereka.

Tahun 2021 ni tahun yang berbeza skit utk my company and myself.

Memang setiap bulan sha akn pergi dua tempat untuk buat charity.

Rahsia kejayaan yg sha bole kongsikan selain jaga mak ayah kite haa rajin rajinla memberi dan share dengan mereka.

Sebab bahagia nye kite ni biler kite membahagiakan orang lain.

Insyaallah esok sha akn ke rumah ank yatim pula utk hulurkan bantuan stationary utk mereka belajar.

This is for you @sexycurve_ @yummymummy.hq .

Hope abg polis happy dpt ikan patin sedapp??❤️”

Hanya mahu berkongi rezeki kerana percaya bahawa sedekah itu mampu mendatangkan lebih banyak rezeki dan kebaikan, tiada niat lain.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji usaha dan kebaikan usahawan itu, malah ada yang mengambil contoh dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus melakukan kebaikan.

Wah semoga Sasha terus dimurahkan rezeki. Amin.

 

 

Sumber : Instagram Sasha Aziz

Baca artikel berkaitan : Dikatakan Terlalu Seksi Dan Tidak Bermaruah, Sasha Aziz Sebenarnya Dalam Diam Belajar Mengaji

Written by: Fieyna Azman


Previous post