Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pesara Guru Kumpul Sampah Tiada Masalah Mental, Tapi Perlu Dibawa Kaunseling

today13 October 2020

Background

Semua orang kalau boleh mesti nak duduk dekat rumah yang bersih dan selesa, tapi jangan terkejut kalau ada yang lebih suka untuk berada di dalam rumah yang dipenuhi dengan sampah.

Sekitar 6 Oktober lalu ada satu kisah tentang warga emas yang hidup lebih 10 tahun bersama dengan timbunan sampah di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan jiran sekeliling menderita.

Dimaklumkan, warga emas yang berusia 63 tahun itu dikenali sebagai Chung Sook Khuan merupakan pesara guru dan disyaki mengalami masalah mental.

Pihak sebuah akhbar tempatan ada membuat tinjauan di rumah pesara guru berkenaan yang terletak di Taman Bersatu, Simpang Pulai Perak dan ternyata keadaan di sana sangat mengejutkan kerana sampah sarap sudah pun menutupi pintu masuk rumah berkenaan.

Ada timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan.

Menurut jiran tentangga, sekiranya warga emas berkenaan hendak masuk ke dalam rumahnya, dia akan memanjat longgokan sambah terlebih dahulu.

Setiap hari, dia akan mengayuh basikal untuk mengutip sampah baru dan bawa pulang ke rumah bagi menambah ‘koleksi’ sampahnya.

Walaupun sudah ditegur banyak kali, warga emas berkenaan tidak memperdulikan jiran tetangga sehingga mereka terpaksa menahan derita dengan bau busuk dan masalah nyamuk dari rumah berkenaan.

Namun hasil siasatan lanjut, warga emas berkenaan tidak mengalami masalah mental tetapi dia memang seorang yang gemar menyimpan barang-barang termasuk la sampah sarap dan kini dia akan mendapatkan rawatan lanjut bersama dengan pihak kaunseling.

Pihak Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memberitahu Sook Khuan didapati normal dan tidak mengalami masalah mental selepas menjalani Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS).

Pada 9 Oktober lalu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melakukan kerja pembersihan di kawasan rumah warga emas berkenaan dan keseluruhan sampah sarap yang ada di rumahnya hampir 1 tan.

 

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Majlis Akad Nikah 29 Pasangan Pengantin Terpaksa Ditangguh

Menurut laporan, Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu melibatkan semua temu janji yang telah dibuat sebelum atau pada Rabu minggu lalu.“Penangguhan itu dibuat berikutan larangan bagi semua aktiviti di masjid dan surau oleh JAIS di seluruh daerah Klang selain penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat lalu.“Sebarang temu janji akad nikah individu terlibat di PAID Klang akan dijadualkan semula,”... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *