Pelakon jelita Diana Danielle baru-baru ini telah menerima direct message ataupun DM daripada salah seorang pengikutnya di laman Instagram yang memberitahu bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya telah selamat melahirkan bayi perempuan.
Namun apa yang menjadi perhatian Diana adalah, pengikutnya di laman IG bernama @irahhhhh_ itu memberitahu bahawa ayah mereka telah menamakan cucunya dengan nama Nur Diana Danielle bersempena nama pelakon itu. Awh!

Disebabkan ayahnya terlalu meminati Diana, mereka memutuskan untuk menamakan bayi itu dengan nama pelakon berkenaan.

“Ayah saya minat sangat dekat kakak, so dia bagi nama adik saya”
“Nur Diana Danielle, sempena nama kakak. Thankyou for give inspiration your acting career. Semoga urusan kakak dan family dipermudahkan amin”
Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular dengan filem Evolusi KL Drift itu turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan supaya adik tersebut menjadi anak yang solehah dan berjasa pada keluarganya.
Sumber : Instagram Diana Danielle
Post comments (0)