Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Minat Punya Pasal, Pakcik Ini Namakan Cucunya Nur Diana Danielle Sempena Nama Pelakon Itu!

today15 January 2021

Background

Pelakon jelita Diana Danielle baru-baru ini telah menerima direct message ataupun DM daripada salah seorang pengikutnya di laman Instagram yang memberitahu bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Namun apa yang menjadi perhatian Diana adalah, pengikutnya di laman IG bernama @irahhhhh_ itu memberitahu bahawa ayah mereka telah menamakan cucunya dengan nama Nur Diana Danielle bersempena nama pelakon itu. Awh!

Disebabkan ayahnya terlalu meminati Diana, mereka memutuskan untuk menamakan bayi itu dengan nama pelakon berkenaan.

“Ayah saya minat sangat dekat kakak, so dia bagi nama adik saya”

“Nur Diana Danielle, sempena nama kakak. Thankyou for give inspiration your acting career. Semoga urusan kakak dan family dipermudahkan amin”

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular dengan filem Evolusi KL Drift itu turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan supaya adik tersebut menjadi anak yang solehah dan berjasa pada keluarganya.

 

Sumber : Instagram Diana Danielle

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Kecoh Situasi ‘Banjir’ Di Thailand Tular Gara-Gara Air Jernih Macam Kristal. Wow!

Jika diteliti secara dekat, kesemua gambar-gambar itu telah disunting menjadikan airnya kebiruan. Ikutkan logik, mana ada air banjir jernih macam air laut bukan?Seperti biasa, warganet menjalankan tugas untuk menyiasat setiap inci gambar tersebut dan mendapati beberapa keping foto jelas disunting. Antaranya ialah kaki seorang lelaki yang tidak nampak dalam air walaupun airnya konon jernih.

today15 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *